Tuesday, December 2, 2014

BUTTERCREAM CLASS ON 30/11/2014

My garden is filled with sunflowers, roses and daisy,
My new students really have the magic,
In fact yesterday's buttercream class was really crazy,
However cleaning it up was really tragic







Assalamualaikum....

Alhamdulillah, berjaya juga saya menyempurnakan amanah dari pelajar-pelajar yang datang untuk belajar melepa dan membentuk bunga-bunga dari buttercream.  Harap maaf kerana gambar-gambar agak kurang menarik untuk kelas kali ini.  Dalam keadaan yang agak loklak ...lalok he3 dengan ubat namun saya gembira dan berpuas hati dengan hasil dari pelajar-pelajar hari ini.  Walaupun mereka baru di dunia deko kek, hasilnya seperti sudah biasa memegang piping bag dan membentuk bunga-bunga, sangat cantik.  Tahniah untuk semua pelajar.

Memulakan kelas dengan belajar sedikit asas piping dan juga mengenal nozel-nozel yang akan digunakan, membuat pelajar kelas dekorasi hari ini amat teruja untuk menghasilkan kek buttercream masing-masing.  Setelah selesai belajar asas barulah saya mengajar pelajar  untuk melepa dan seterusnya membuat bunga-bunga.  Alhamdulillah semuanya dapat menamatkan misi sebuah kek buttercream berbunga-bunga untuk di bawa pulang.  






Semoga semua pelajar akan dapat menggunakan ilmu pada hari ini untuk menghasilkan kek-kek buttercream yang lebih menarik dan Good Luck.

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI




Monday, December 1, 2014

Bread Making Class 29/11/2014

My friend went to New York City, 
She came home a bit late,
Come to Norbaini Cakes for some ROTI,
Or have a tea with some bread







Assalamualaikum....

Memulakan bicara entri hari ini dengan pantun omputih.. :) itulah ayat yang di guna oleh sahabat-sahabat FB hari ini.  Alhamdulillah "Bread Making Class" di Norbaini Cakes selesai dengan jayanya.  Sebenarnya ingin cepat-cepat rasa di hati  meng upload gambar-gambar roti dari kelas tetapi sejak hari Jumaat lepas saya tidak berapa sihat, jadi saya tangguhkan sehingga hari ini .  

Pada hari sabtu 29/11 saya  kuatkan diri meneruskan kelas atas sebab tidak mahu mengecewakan pelajar-pelajar yang telah mendaftar, kerana ramai yang ingin datang ke kelas roti  tidak sabar meroti sejak mula mendaftar lagi. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Kelas roti di Norbaini Cakes menggunakan kaedah sponge dough dimana kita perlu memeram yis bersama tepung dan air selama beberapa jam dan lebih elok jika di peram semalaman. Kemudian baru di tambah dengan bahan asas lainnya Tiada penggunaan bread improver dan bread softener di dalam pembuatan roti modul ini.  Alhamdulillah roti yang terhasil sangat gebu dan lembut.  Roti yang disimpan selama 5 hari juga masih lagi lembut seperti hari pertama ianya di buat.  

Jom cuci mata melihat gambar-gambar dari kelas roti 29/11/14. :)


Bahan-bahan untuk meroti :)






Riuh suasana di workshop Norbaini Cakes





Roti-roti yang belum di bentuk dan yang sudah di bentuk





Alhamdulillah, 13 jenis roti bun dihasilkan oleh pelajar-pelajar hari ini  termasuk Mexico Bun juga.
















Terima kasih kerana sudi membaca entri saya.

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI

Friday, November 28, 2014

Personal Class ~ Kek Lapis 27/11/2014


Assalamualaikum....

Kek Lapis Kelas Personal bersama Liza semalam.  Liza memilih untuk belajar Kek Lapis Masam Manis, tapi tak mahu di warnakan biarlah warna original katanya yang penting rasanya sedap he3 tetapi sebenarnya malas hendak mewarnakan sebahagian adunan. Walau bagaimanapun masih nampak cantik lapisannya.

Di dalam  bulan Disember saya ada membuat kelas Kek Lapis secara Group Hands-On yang terdiri dari 5 jenis kek Lapis.  Lapis Betawi, Lapis Masam Manis, Lapis Prune, Lapis Cadbury dan Lapis Cheese yang akan diadakan pada 21/12/2014.  Kelas kek Lapis ini bukanlah satu modul baru di Norbaini Cakes, Alhamdulillah ianya masih lagi mendapat permintaan untuk kelas oleh ramai orang.  Jika berminat boleh email saya atau txt/watsapp saya ya.

Sedari kecil saya telah mengenal kek Lapis, Ibu saya adalah seorang yang menjual kek lapis sejak saya berusia 7 tahun.  Pada masa itu Kek Lapis Legit atau Kek Lapis Rempah yang mendapat sambutan hangat.  Bercerita berkenaan kek lapis pasti ramai yang tertanya-tanya dari mana asalnya Kek Lapis ini.  Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia. Diperkenalkan di Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda oleh Masyarakat Belanda di Indonesia.  Pada waktu itu kek lapis legit  juga dikenali dengan  nama asli "SPEKKOEK" atau dalam Bahasa Inggeris "THOUSAND LAYER CAKE".  Proses pembuatan kek ini sangat unik kerana setiap lapisannya akan di bakar secara selapis-selapis.  Memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang menarik.  
Seiring dengan perkembangan dunia kek dan pastri, kek lapis juga telah di olah resepinya dan juga banyak resepi kek lapis terbaru di pasaran. Bagi negara kita pula Kek Lapis Sarawak memang tidak kurang hebatnya, terkenal dengan rasa dan corak yang menarik.  Kini terdapat berbagai perisa dan corak di pasaran.  Kek lapis adalah satu kek yang memang menjadi kegemaran ramai malah kek ini juga salah satu kek yang dihidangkan bukan hanya pada hari-hari perayaan malah menjadi juadah hidangan sepanjang tahun.


Kek Lapis Masam Manis 






Penambahan Hwa Flakes membuatkan kek ini terasa masam dan manis



Bagi yang berminat dengan Kelas Kek Lapis boleh hubungi saya ya...kelas ini akan dijalankan pada 21/12/2014


Terima kasih semua.

Sayang semua dari saya NORBAINI CAKES

Hi-Tea Tapi Ku Rasa Seperti Kenduri

Assalamualaikum.....



Tertarik dengan kad berwarna hitam bila melabuhkan punggung di kerusi di Ben's



Bila di tarik keluar kad berwarna hitam itu...hmmmm tadaaaa.....TALK, STOP LOOKING AT YOUR PHONE....
apa kejadiannya bila TALK and stop looking at your phone... riuh Ben's petang itu.... :) :) :)


26/11/2014 hari bersantai-santai dengan kakak-kakak dan adik-adik saya (students saya semuanya). Students saya  semuanya tidak kira walaupun tiada di Ben's semalam saya anggap seperti keluarga saya sendiri.  Merekalah yang telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya saya bahkan kerana mereka jugalah saya berada di arena ini sehingga saat ini. Alhamdulillah, ucapan terima kasih yang tiada terhingga from the bottom of my heart. :)

Hi-tea lah  kononnya tapi saya rasa macam pergi kenduri he3... di rancang oleh Kak Zana, lebih dikenali dengan nama kak Rosemary dan  adik Zana yang mencari tempat. Saya ... I follow :)..ikut aja... :) :) :)

Sebenarnya bukan tempat atau makanan yang menjadi pilihan utama  tapi ramai antara kami yang telah lama tidak berjumpa serentak di dalam kelas, jadi mereka pilih masa yang sesuai  untuk berbual-bual panjang dan sekali sekala bersantai-santai.

Memang seronok petang itu, rasanya meja kami adalah meja yang paling riuh, he3 malunya. Adik-adik kat kitchen semua memandang ke arah kami... dan senyum memanjang...huhuhu open kitchen sah-sah  sebelah meja kami... sabar ya adik-adik, kakak-kakak memang riuh kalau berjumpa. Macam jakun gitew.  Wefie dan Selfie memulakan acara seperti biasa... nasib baik ada Kad Hitam bertulis TALK... selepas itu TALK NON STOP ha3.  Rancak sungguh masing-masing berbual pada petang itu  tapi perbualannya banyak tertumpu pada makanan.. BAKERS itulah aja yang dibualkan, kek..biskut.. semuanya hal makanan..he3

Berbual sambil makan dan minum tanpa sedar waktu berlalu dengan begitu pantas... terasa cepat sungguh tak puas rasanya berbual-bual... Moga satu hari nanti kita akan berkumpul lagi dan juga kepada mereka yang lain juga..... Terima kasih Kak Zana, Kan An, Kak Datin Ann Noha, Arnizura, Zura, Zana, Zai, Ainul, Ita, Maria dan Ayu serta si Comel Arfan dan Jannah (photographer kami untuk gambar beramai-ramai).  Semoga ikatan ukhwah berpanjangan.  Aamiin ya Rabb.




Inilah kami pada petang 26/11/2014



Gelak bila tengok gambar-gambar ini...


He3 Ayu sibuk update status 


Comey Ayu dan Ainul


BZ manjang dengan hp masing-masing...nasib baik ada KAD HITAM depan mata :)



Seronok bila dapat berbual-bual tanpa pegang spatula dan bancuh kek ... :) 


Zai .....opppsss kenapa ya??? lapar ya?... tunggu tau


Saya pun sama juga wefie........ ha3


Anakanda Arfan ... budak cherry ... cayang dia







Cak!!.... yummmm yummmmm 

Terima kasih semua sudi membaca cerita saya hari ini....

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI