Monday, November 24, 2014

Assalamualaikum ....

Semalam 23/11/2014 di Norbaini Cakes telah selesai dengan jayanya kelas Evergreen Cake, Alhamdulillah.  Cake Evergreen yang dimodenkan sedikit he3. Modul ini telah saya tukar sedikit dari modul sebelum ini.  Evergreen Cake atau Vintage Cake adalah kek yang digemari oleh setiap lapisan usia dan selalunya dihidangkan dalam setiap majlis.

Setiap kek didalam Evergreen Cake Class mempunyai sejarahnya sendiri. Saya kongsikan cerita Victoria Sandwich dulu ya.

Victoria Sandwich atau dikenali dengan nama Victoria Sponge diambil sempena nama Queen Victoria, yang amat menggemari kek ini untuk minum petang.  Pada awalnya kek ini hanya kek  yang disapu dengan raspeberry jam dan ianya di cantumkan.  Bahagian atas pula akan ditaburkan dengan gula caster.  Penyediaannya amat mudah.  Sekarang ianya telah dipermodenkan sedikit dengan penambahan whipping cream, buttercream, sapuan jam dan dekorasi pelbagai rupa.

Untuk kelas di Norbaini Cakes saya telah membuat kek Victoria Sandwich dengan kombinasi swiss meringue buttercream dan strawberry compote untuk menambahkan lagi keenakkannya.  Komen dari pelajar kombinasi yang sedap dan swiss buttercream jugak tidak manis. Alhamdulillah


Inilah Victoria Sandwich hasil dari kelas semalam, yummyyyy. Alhamdulillah






Chocolate Moist Cake, kepada yang menggemari kek coklat, kek ini selalunya menjadi kegemaran. Terdapat banyak resepi coklat kek sekarang ini, rasa dan kelembapan sesuatu kek bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Sejarah kek coklat bermula dari tahun 1764, dari situ sehingga 1900 kek coklat mula diperlbagaikan variasinya, dengan bermacam-macam tambahan pada resepi. Sehingga hari ini terdapat banyak resepi-resepi kek coklat. 

Jom layan gambar Chocolate Moist Cake kelas semalam.

Alhamdulillah beginilah rupa Moist Chocolate Cake di Kelas semalam





Sugee Cake (almond sugee samolina cake), kek yang ramai penggemarnya, he3 saya selalu cakap kek ini kek untuk orang-orang tua, sebabnya penggemar kek ini selalunya mereka yang telah berusia. Kek yang sangat popular di kalangan mereka yang berbangsa  Eruasians. Jika dulu kek ini selalunya ditambah dengan esen rose tapi kini saya lebih suka dengan penggunaan esen vanilla. Pada mulanya saya memang tidak menggemari kek ini, kalau saya buat untuk tempahan sahaja jarang untuk dibuat untuk minum petang, tapi lama kelamaan ini adalah salah satu kek kegemaran saya kerana rasanya yang unik..almond..sugee..butter.

Sugee Cake ~ Almond Sugee Samolina Cake





Soft marble kek, kek nostalgia di masa kecik saya.  Resepi untuk kelas ini adalah resepi dari bonda tercinta dan saya tidak mengolah resepi ini walau sedikit pun.  Kek yang dipelajari oleh bonda dari kelas semasa saya berusia 7 tahun, lebih kurang 35 tahun lepas.  Kek ini memang kek evergreen yang sentiasa menjadi kegemaran semua orang sepanjang zaman.  

Jom tengok hasil kelas semalam. 



Alhamdulillah itulah kek-kek yang dipelajari semalam.  


Jom layan gambar-gambar dalam kelas semalam.


Seperti biasa jom siapkan bahan-bahan dulu. Jangan sampai tertinggal ya bahan-bahan utk membuat kek.











Fokus masa membuat penyediaan bahan-bahan.  :)








Ehemmmmm siapakah itu? 




Alhamdulillah selesai cerita semalam, moga terhibur membacanya.  Moga diberkati ilmu semalam.  Insyaallah kelas ini akan menemui anda lagi di bulan disember, tunggu update dari saya ya.

Sayang semua dr saya NORBAINI

No comments:

Post a Comment