Thursday, November 20, 2014

Assalamualaikum ...

It has been such a long time since I updated my blog.

Hmmm rasanya ingin berbahasa Malaysia pula, mungkin juga bercampur dengan Bahasa English. Lama saya mendiamkan diri dari blog, moga lepas ini rajin membloging.  Operasi membersihkan sawang-sawang di blog yang lama terbiar.    

He3 perasaan berkobar-kobar hendak mengetuk papan keyboard dengan bermacam-macam cerita hendak dikongsi bersama... menaip dan menaip.. moga saya sentiasa diberikan masa untuk bercerita.

Untuk hari ini, saya ingin kongsikan apa yang berlaku di Norbaini Cakes pada 18/12/14.  Personal Class bersama kak Ain. Mohon maaf pada kak Ain kerana membuatkan kak Ain ternanti-nanti kata persetujuan dari saya untuk personal class ini.

Kak Ain belajar Mocca Locca, Module Cheese Cake saya yang sedang hangat di pasaran.  Sugee Kek yang lemak dan wallaaa lazat rasanya dan akhir sekali Triple Brownies saya yang memang sudah semestinya mendapat pujian dari ramai. Oppsss saya Syok Sendiri ..he3

Personal Class memang kelas yang saya suka, sebabnya pelajar saya akan buat semua.  Dari menimbang hingga akhir. He3 kekadang mengantuk jugak.


Dari awal proses pembuatan, semua disediakan oleh Kak Ain.








Tadaaaaa...... Alhamdulillah siap sudah kek-kek  kak Ain



Kek Sugi





Mocca Locca




 Tripple Chocolate Brownies


Terima kasih Kak Ain.  Ada jodoh dan rezeki kita bertemu lagi.  Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment