Thursday, November 20, 2014

Assalamualaikum..

Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila saya update blog tadi.  Rasa sangat teruja, moga terus bersemangat untuk terus membloging.

Minggu ini saya ada dua kelas personal,semalam 19/11/14 satu lagi kelas personal saya iaitu Kelas Macaron bersama Miss Vin. Dua jenis macaron iaitu Chocolate Macaron dan juga Salted Caramel Cream Cheese Macaron.

Bila bercerita berkenaan macaron, berbagai cerita yang kita dengar. Banyak pantang larangnya, alhamdulillah saya masih belum ada pantang larang dalam kelas.  Dalam semua cuaca dan keadaan saya redah he3.

Miss Vin memulakan kelas dengan mengisar gula aising dan juga almond ground supaya Macaron yang dihasilkan licin.  Dan selepas itu baru bermula episod membuat paste, membuat sirup gula dan juga meringue dan episod-episod seterusnya. Sudah semestinya episod yang mendebarkan ialah episod berdiri depan oven hahaha untuk melihat keluar ke kaki pada macaron. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan Macaron yang sangat cantik kejadiannya dan juga sedap rasanya.

Jom kita tenguk apa yang dibuat oleh Miss Vin semalam dan hasilnya

















Alhamdulillah... Chocolate Macaron, dengan rasa coklat pada macaron dan Chocolate Ganache.





White Macaron...tanpa mahu apa-apa warna pada macaron ini, cantikkan white macaron dan ianya  dilekatkan bersama Salted Caramel Cream Cheese.





Terima kasih Miss Vin, pada mereka yang PM dan watsapp bertanya bila lagi kelas macaron saya, insyaallah bulan Disember 2014.  Tunggu saya update my homeclass schedule.


No comments:

Post a Comment