Saturday, November 22, 2014


Assalamualaikum...

Menjelang hari sabtu dan ahad saya mula sibuk dengan tempahan dan juga kelas.  Persediaan untuk kelas yang akan dijalankan pada hari sabtu dan ahad  perlu dibuat. Untuk hari Sabtu 22/11/2014 adalah kelas Assorted Brownies.  Pada yang pernah melawat ke blog ini beberapa tahun lepas, tentu perasan akan modul ini,tapi sejak beberapa bulan lepas ada sedikit pertukaran resepi untuk kelas ini. Alhamdulillah 4 resepi Brownies yang memang amat berbaloi untuk dipelajari.  Alhamdulillah juga ramai pelajar yang telah menggunakan resepi-resepi dari kelas ini untuk menambah pendapatan mereka.  

Kelas hari Ahad 23/11/2014 adalah kelas Evergreen, kelas ini juga telah saya buat perubahan dari segi resepi yang akan dipelajari.  Victoria Sandwich saya masukkan ke dalam modul ini, saya pernah membuat demo percuma untuk kek Victoria Sandwich saya ini, dan ramai pula yang meminta untuk dimasukkan ke dalam modul Evergreen Cake.  Pada yang telah pelajari resepi Victoria Sandwich dari saya pasti teringat-ingat akan kelazatannya kan?..he3 sori SS jap. Ini lah resepi-resepi yang menarik dipelajari untuk minggu ini.  Moga Allah memudahkan perjalanan kelas saya esok dan lusa serta memberkati segala ilmu yang dipelajari, Aaminn.  Kepada yang telah mendaftar insyaallah jumpa esok dan lusa.  Kelas secara group hands-on ya... he3 saya suka kelas yang macam ini, sebabnya pelajar yang akan membuat semua kerana saya hanya akan membantu dari segi tunjuk ajar. 

Pada yang berminat untuk mengetahui kelas-kelas di Norbaini Cakes boleh ke HOMECLASS SCHEDULE dan klik di situ ya.


ASSORTED BROWNIES CLASS
GROUP HANDS-ON ON 22/11/2014

Sudah lama tidak mengamaskini blog, di bawah ini  gambar-gambar dari kelas Brownies yang telah saya jalankan sebelum ini .

CHOCOLATE BLUEBERRY CHEESE BROWNIES





TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES






CONGO BARS




COOKIE DOUGH BROWNIES



EVERGREEN CAKE CLASS
(Suitable for beginners)
Group Hands-on On 23/11/2014
1. SOFT MARBLE 2. SUGEE
 CAKE 3. MOIST CHOCOLATE CAKE
VICTORIA SANDWICH




Sekian dulu untuk waktu ini..insyaallah jumpa lagi esok ya...




1 comment:

  1. Sedapnya semua tu kak...bnyk lg sy belum belajar tau...entah bila ada kesempatan ni...

    ReplyDelete