Monday, December 1, 2014

Bread Making Class 29/11/2014

My friend went to New York City, 
She came home a bit late,
Come to Norbaini Cakes for some ROTI,
Or have a tea with some bread







Assalamualaikum....

Memulakan bicara entri hari ini dengan pantun omputih.. :) itulah ayat yang di guna oleh sahabat-sahabat FB hari ini.  Alhamdulillah "Bread Making Class" di Norbaini Cakes selesai dengan jayanya.  Sebenarnya ingin cepat-cepat rasa di hati  meng upload gambar-gambar roti dari kelas tetapi sejak hari Jumaat lepas saya tidak berapa sihat, jadi saya tangguhkan sehingga hari ini .  

Pada hari sabtu 29/11 saya  kuatkan diri meneruskan kelas atas sebab tidak mahu mengecewakan pelajar-pelajar yang telah mendaftar, kerana ramai yang ingin datang ke kelas roti  tidak sabar meroti sejak mula mendaftar lagi. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Kelas roti di Norbaini Cakes menggunakan kaedah sponge dough dimana kita perlu memeram yis bersama tepung dan air selama beberapa jam dan lebih elok jika di peram semalaman. Kemudian baru di tambah dengan bahan asas lainnya Tiada penggunaan bread improver dan bread softener di dalam pembuatan roti modul ini.  Alhamdulillah roti yang terhasil sangat gebu dan lembut.  Roti yang disimpan selama 5 hari juga masih lagi lembut seperti hari pertama ianya di buat.  

Jom cuci mata melihat gambar-gambar dari kelas roti 29/11/14. :)


Bahan-bahan untuk meroti :)






Riuh suasana di workshop Norbaini Cakes





Roti-roti yang belum di bentuk dan yang sudah di bentuk





Alhamdulillah, 13 jenis roti bun dihasilkan oleh pelajar-pelajar hari ini  termasuk Mexico Bun juga.
















Terima kasih kerana sudi membaca entri saya.

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI

No comments:

Post a Comment