Tuesday, December 2, 2014

BUTTERCREAM CLASS ON 30/11/2014

My garden is filled with sunflowers, roses and daisy,
My new students really have the magic,
In fact yesterday's buttercream class was really crazy,
However cleaning it up was really tragic







Assalamualaikum....

Alhamdulillah, berjaya juga saya menyempurnakan amanah dari pelajar-pelajar yang datang untuk belajar melepa dan membentuk bunga-bunga dari buttercream.  Harap maaf kerana gambar-gambar agak kurang menarik untuk kelas kali ini.  Dalam keadaan yang agak loklak ...lalok he3 dengan ubat namun saya gembira dan berpuas hati dengan hasil dari pelajar-pelajar hari ini.  Walaupun mereka baru di dunia deko kek, hasilnya seperti sudah biasa memegang piping bag dan membentuk bunga-bunga, sangat cantik.  Tahniah untuk semua pelajar.

Memulakan kelas dengan belajar sedikit asas piping dan juga mengenal nozel-nozel yang akan digunakan, membuat pelajar kelas dekorasi hari ini amat teruja untuk menghasilkan kek buttercream masing-masing.  Setelah selesai belajar asas barulah saya mengajar pelajar  untuk melepa dan seterusnya membuat bunga-bunga.  Alhamdulillah semuanya dapat menamatkan misi sebuah kek buttercream berbunga-bunga untuk di bawa pulang.  






Semoga semua pelajar akan dapat menggunakan ilmu pada hari ini untuk menghasilkan kek-kek buttercream yang lebih menarik dan Good Luck.

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI




No comments:

Post a Comment