Assalamualaikum....
Kek Lapis Kelas Personal bersama Liza semalam. Liza memilih untuk belajar Kek Lapis Masam Manis, tapi tak mahu di warnakan biarlah warna original katanya yang penting rasanya sedap he3 tetapi sebenarnya malas hendak mewarnakan sebahagian adunan. Walau bagaimanapun masih nampak cantik lapisannya.
Di dalam bulan Disember saya ada membuat kelas Kek Lapis secara Group Hands-On yang terdiri dari 5 jenis kek Lapis. Lapis Betawi, Lapis Masam Manis, Lapis Prune, Lapis Cadbury dan Lapis Cheese yang akan diadakan pada 21/12/2014. Kelas kek Lapis ini bukanlah satu modul baru di Norbaini Cakes, Alhamdulillah ianya masih lagi mendapat permintaan untuk kelas oleh ramai orang. Jika berminat boleh email saya atau txt/watsapp saya ya.
Sedari kecil saya telah mengenal kek Lapis, Ibu saya adalah seorang yang menjual kek lapis sejak saya berusia 7 tahun. Pada masa itu Kek Lapis Legit atau Kek Lapis Rempah yang mendapat sambutan hangat. Bercerita berkenaan kek lapis pasti ramai yang tertanya-tanya dari mana asalnya Kek Lapis ini. Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia. Diperkenalkan di Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda oleh Masyarakat Belanda di Indonesia. Pada waktu itu kek lapis legit juga dikenali dengan nama asli "SPEKKOEK" atau dalam Bahasa Inggeris "THOUSAND LAYER CAKE". Proses pembuatan kek ini sangat unik kerana setiap lapisannya akan di bakar secara selapis-selapis. Memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Seiring dengan perkembangan dunia kek dan pastri, kek lapis juga telah di olah resepinya dan juga banyak resepi kek lapis terbaru di pasaran. Bagi negara kita pula Kek Lapis Sarawak memang tidak kurang hebatnya, terkenal dengan rasa dan corak yang menarik. Kini terdapat berbagai perisa dan corak di pasaran. Kek lapis adalah satu kek yang memang menjadi kegemaran ramai malah kek ini juga salah satu kek yang dihidangkan bukan hanya pada hari-hari perayaan malah menjadi juadah hidangan sepanjang tahun.
Kek Lapis Masam Manis
Penambahan Hwa Flakes membuatkan kek ini terasa masam dan manis
Bagi yang berminat dengan Kelas Kek Lapis boleh hubungi saya ya...kelas ini akan dijalankan pada 21/12/2014
Sayang semua dari saya NORBAINI CAKES
kyrie irving shoes
ReplyDeletecoach outlet sale
jordan retro
russell westbrook shoes
kobe shoes
nike react
yeezys
fila
yeezys
supreme clothing