Showing posts with label Class : Evergreen Class. Show all posts
Showing posts with label Class : Evergreen Class. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Throwback 20/12/2014 ~Evergreen Cake Class

Assalamualaikum....

Alhamdulillah ...Evergreen Cake Class ..kek-kek yang popular sepanjang tahun dan tidak bermusim.
1.  Soft Marble 2. Sugee Almond Cake 3. Victoria Sandwich 4. Moist Chocolate Cake.  Walaupun ianya merupakan kek basic bagi pembuat kek tetapi tidak rugi untuk mempelajarinya.  Komen dari pelajar-pelajar yang hadir...kek memang sedap...alhamdulillah

Untuk Victoria Sandiwich saya turut mengajar cara-cara membuat strawberry compote dan juga swiss meringue buttercream sebagai tambahan untuk lepaan pada lapisan.


Victoria Sandwich


Chocolate Moist Cake





 Soft Marble


Sugee Almond Cake






Kek-kek Evergreen adalah kek yang tidak jemu di makan dan sentiasa mendapat tempat di setiap majlis.

Sayang semua dari Norbaini Rahwi

Monday, November 24, 2014

Assalamualaikum ....

Semalam 23/11/2014 di Norbaini Cakes telah selesai dengan jayanya kelas Evergreen Cake, Alhamdulillah.  Cake Evergreen yang dimodenkan sedikit he3. Modul ini telah saya tukar sedikit dari modul sebelum ini.  Evergreen Cake atau Vintage Cake adalah kek yang digemari oleh setiap lapisan usia dan selalunya dihidangkan dalam setiap majlis.

Setiap kek didalam Evergreen Cake Class mempunyai sejarahnya sendiri. Saya kongsikan cerita Victoria Sandwich dulu ya.

Victoria Sandwich atau dikenali dengan nama Victoria Sponge diambil sempena nama Queen Victoria, yang amat menggemari kek ini untuk minum petang.  Pada awalnya kek ini hanya kek  yang disapu dengan raspeberry jam dan ianya di cantumkan.  Bahagian atas pula akan ditaburkan dengan gula caster.  Penyediaannya amat mudah.  Sekarang ianya telah dipermodenkan sedikit dengan penambahan whipping cream, buttercream, sapuan jam dan dekorasi pelbagai rupa.

Untuk kelas di Norbaini Cakes saya telah membuat kek Victoria Sandwich dengan kombinasi swiss meringue buttercream dan strawberry compote untuk menambahkan lagi keenakkannya.  Komen dari pelajar kombinasi yang sedap dan swiss buttercream jugak tidak manis. Alhamdulillah


Inilah Victoria Sandwich hasil dari kelas semalam, yummyyyy. Alhamdulillah






Chocolate Moist Cake, kepada yang menggemari kek coklat, kek ini selalunya menjadi kegemaran. Terdapat banyak resepi coklat kek sekarang ini, rasa dan kelembapan sesuatu kek bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Sejarah kek coklat bermula dari tahun 1764, dari situ sehingga 1900 kek coklat mula diperlbagaikan variasinya, dengan bermacam-macam tambahan pada resepi. Sehingga hari ini terdapat banyak resepi-resepi kek coklat. 

Jom layan gambar Chocolate Moist Cake kelas semalam.

Alhamdulillah beginilah rupa Moist Chocolate Cake di Kelas semalam





Sugee Cake (almond sugee samolina cake), kek yang ramai penggemarnya, he3 saya selalu cakap kek ini kek untuk orang-orang tua, sebabnya penggemar kek ini selalunya mereka yang telah berusia. Kek yang sangat popular di kalangan mereka yang berbangsa  Eruasians. Jika dulu kek ini selalunya ditambah dengan esen rose tapi kini saya lebih suka dengan penggunaan esen vanilla. Pada mulanya saya memang tidak menggemari kek ini, kalau saya buat untuk tempahan sahaja jarang untuk dibuat untuk minum petang, tapi lama kelamaan ini adalah salah satu kek kegemaran saya kerana rasanya yang unik..almond..sugee..butter.

Sugee Cake ~ Almond Sugee Samolina Cake





Soft marble kek, kek nostalgia di masa kecik saya.  Resepi untuk kelas ini adalah resepi dari bonda tercinta dan saya tidak mengolah resepi ini walau sedikit pun.  Kek yang dipelajari oleh bonda dari kelas semasa saya berusia 7 tahun, lebih kurang 35 tahun lepas.  Kek ini memang kek evergreen yang sentiasa menjadi kegemaran semua orang sepanjang zaman.  

Jom tengok hasil kelas semalam. 



Alhamdulillah itulah kek-kek yang dipelajari semalam.  


Jom layan gambar-gambar dalam kelas semalam.


Seperti biasa jom siapkan bahan-bahan dulu. Jangan sampai tertinggal ya bahan-bahan utk membuat kek.











Fokus masa membuat penyediaan bahan-bahan.  :)








Ehemmmmm siapakah itu? 




Alhamdulillah selesai cerita semalam, moga terhibur membacanya.  Moga diberkati ilmu semalam.  Insyaallah kelas ini akan menemui anda lagi di bulan disember, tunggu update dari saya ya.

Sayang semua dr saya NORBAINI

Thursday, December 6, 2012

20th OCTOBER 2012 (SATURDAY) EVERGREEN CAKE CLASS


20th OCTOBER 2012 (SATURDAY) 

EVERGREEN CAKE CLASS

SEMI HANDS-ON  @ NORBAINI CAKES AMPANG CAMPURAN ~ RM RM180

1. SOFT MARBLE 2. PATTERNED BUTTER CAKE  3. SUGEE CAKE

 4.KEK SARANG SEMUT 5. MOIST CHOC CAKE 6. LEMON CHIFFON CAKE

Evergreen cake class! Check out the cakes we made together below!




PATTERNED BUTTER CAKE  




SUGEE CAKE



SOFT MARBLE 






 LEMON CHIFFON CAKE


MOIST CHOC CAKE



KEK SARANG SEMUT 



Heres a snapshot of our students working together

And that is all for now. More to come, only on Norbaini Cakes
With love, Norbaini Rahwi

EVERGREEN CAKE CLASS 29/09/2012 (SATURDAY) AT NORBAINI CAKES

Hello! Welcome to another post at Norbaini Cakes! So today, what we have here is another Evergreen Cake class, but a special one this time. Why is it special? Well then look down below



Patterened Butter Cake




Soft Marble



Sugee Cake



Kek Sarang Semut



Choc Moist Cake


Lemon Chiffon Cake

Quite fancy looking cakes there I say. Very interesting. And below we have our students at work


And that's it for now. If you're interested to join our classes do check out our schedules or contact us.
With Love, Norbaini Rahwi

Wednesday, April 18, 2012

Evergreen Cake Class on 1st April 2012

Hello again everyone! So we had an Evergreen Cake Class on 1st April 2012. Not sure what Evergreen cakes are? Check out the pictures below!


Chocolate Moist Cake


Banana Cake


Sugee Cake


Soft Marble


Lemon Sunflower Seed Butter Cake


Lemon Chiffon

And here are our students, diligently learning how to bake Evergreen cakes

And thats all for today! More to come
With love, Norbaini Rahwi