Showing posts with label Class : Choux Pastry. Show all posts
Showing posts with label Class : Choux Pastry. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Throwback 07/12/2104 Mad About Choux Pastry Class

Alhamdulillah....

Kelas Mad About Choux Pastry Class selesai dengan jayanya.  Seronok membuat kelas pastry berbeza rasanya dengan membuat kelas dekorasi. Bertahun mengajar memang rasa perbezaannya.

Dalam kelas Choux Pastry di Norbaini Cakes ada 3 resepi choux yang di ajar  iaitu 1. Chocolate Eclair 2. Jacket Cream Puff 3. Japanese Cream Puff 4. Swan Cream Puff.  Japanese Cream Puff dan Swan Cream Puff adalah dari resepi yang sama.  Ini bermaksud saya tidak mengajar satu resepi untuk semua cream puff jadi pelajar boleh merasa dan mempelbagaikan resepi.

Hasil dari kelas Mad About Choux Pastry.


Swan Cream Puff



Jacket Cream Puff



Chocolate Eclair





Japanese Cream Puff


Proses pembuatan choux pastry yang berjalan secara group hands on






Alhamdulillah semoga apa yang dipelajari dapat digunakan sebaiknya.

Sayang semua dari Norbaini Rahwi

Wednesday, November 26, 2014

Assalamualaikum...

Bila sudah mula kembali merajinkan diri membloging.... perasaan saya seronoknyaaaa... he3.. satu kepuasan.  Lama sungguh tinggalkan blog.  Banyak cerita dan gambar tidak dapat saya kongsikan di sini.  Sebelum mengambil keputusan untuk aktif kembali dalam dunia blog, saya ada berbual dengan anakanda Jannah yang saya akan mula membloging tetapi di dalam Bahasa Malaysia.   Seperti biasa Jannah tidak bersetuju...hmmm,  this is my blog... I'm the owner... he3... saya  membuat keputusan untuk Berbahasa Malaysia pula, mungkin sesekali saya akan berbicara dalam Bahasa Inggeris.

Untuk bulan Disember 2014 saya memperkenalkan Kelas "Mad About Choux Pastry Class". Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah "Choux Pastry", apakata kita mengenali asal usul Choux Pastry ini dulu.


Pastry choux ( Bahasa Inggeris : Choux pastry atau Choux paste) adalah adunan yang dibuat dengan menggunakan mentega, air, tepung gandum  dan telur.  Selain itu, di dalam Bahasa Perancis  Pâte à choux yang secara literal bererti "pasta kobis" kerana bentuk akhirnya yang menyerupai kobis. Sementara itu, adunan ini sering disebut sebagai Choux paste kerana teksturnya yang tidak padat seperti adunan lain tetapi bertekstur seperti pasta. Adunan ini dapat dicetak menjadi berbagai macam bentuk serta merupakan adunan dasar dari pembuatan kuih sos, profiterole, croquembouche, eclair, curller, beignetSt Honore.  Ketika dibakar, telur membuatkan adunan menjadi kosong  di tengahnya sehingga dapat diisi dengan krim berbagai rasa.
Sejarah Choux Pastry bermula pada tahun 1533 ketika Catherine dari Medici meninggalkan kota kelahirannya di Firenze, Itali untuk berkahwin dengan Henri II dari Perancis. Ia membawa seluruh pegawai istananya termasuk para jurumasaknya  ke Perancis. Tujuh tahun kemudian, ketua juru masaknya yang bernama Panterelli menciptakan adunan pasta yang digunakan untuk membuat kuih.  Adunan tersebut kemudian ia namakan pâte a Panterelli.  Nama tersebut tidak bertahan lama kerana adunan tersebut kemudian dikenal juga sebagai pâte a Popelini dan lalu menjadi pâte a Popelin hingga akhirnya disebut sebagai pâte à choux.Marie-Antoine Carêmeseorang juru masak dari Perancis, menyempurnakan resepi yang diciptakan oleh Panterelli 
hingga menjadi resepi yang digunakan oleh para jurumasak hingga saat ini.


Alhamdulillah.... dari sejarah tersebut, pelbagai bentuk dan olahan resepi untuk Choux Pastri telah di buat oleh pelbagai pihak bagi memberi rasa yang lebih enak dan bentuk yang lebih menarik lagi.

Untuk Kelas di Norbain Cakes, saya akan mengajar 3 resepi Choux Pastri yang berlainan dan 3 resepi inti.  Choux Pastry tersebut adalah  Chocolate Ecair, Jacket Cream Puff, Japanese Cream Puff dan juga Cream Puff yang berbentuk Swan. Resepi untuk kelas ini tidak sama dengan resepi Cream Puff di modul Hi-Tea di Norbaini Cakes.  Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas ini boleh email saya norbaini_rahwi@yahoo.com atau txt/watsapp saya 019-2424340.  Boleh juga klik Homeclass untuk kelas bulan Disember 2014.



Cream Puff berbentuk Swan






Jacket Cream Puff




Chocolate Eclair




Japanese Cream Puff




Terima kasih kerana sudi membaca.

Sayang semua dari saya NORBAINI RAHWI

*sumber dari wikipedia